Rumi & Jawi

Rumi & Jawi adalah drama berantai Malaysia 2016 arahan Ghaz Abu Bakar dan Pali Yahya. Drama 20 episod ini terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd. Dibintangi oleh Remy Ishak dan Fathia Latiff bersiaran menerusi saluran Astro Prima dan Astro Maya HD.[1]Mengisahkan Rumi (Remy Ishak), pemegang Ijazah Sarjana dari Universiti Alexanderia di Mesir, kembali ke Kuala Lumpur dan begitu bertekad untuk mengubah sistem kehidupan dengan dakwah. Beliau berjanji untuk mengubah cara kehidupan keluarganya.Lahir Islam belum menjanjikan mati sebagai Islam. Manusia makin keliru antara hukum dan adab, akidah dan kepercayaan. Apatah lagi bila merasakan ilmu tebal didada. Makanya mulalah dia mengambil tugas Tuhan iaitu hukum dan hukum. Semuanya bermula bila Rumi pulang dengan Masternya iaitu Master Akidah dan Filosofi. Berpegang pada hukum, Rumi ingin merubah hidup keluarganya.

Rumi & Jawi

Mengikuti Cinta 11 Syarat
Bahasa Bahasa Malaysia
Negara asal Malaysia
Pengarah
Lagu pembukaan "Hanya Padamu" nyanyian Akim & The Majistret
Diikuti oleh Lara Aishah
Syarikat penerbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Tempoh siaran 40—48 minit
(Isnin—Jumaat, 6 petang)
Siaran asal 4 Julai 2016 – 29 Julai 2016
Bilangan episod 20
Dibintangi oleh
Genre
Ditulis oleh Erma Fatima
Saluran asal Astro Prima (Slot Tiara)
Astro Maya HD